New Page 1

 

 

 

Isu terkini; Ahli P.M.I. dukung ahli G.M.M.,

S.M.P. ala Mafia diperkenal bagi membantu kebajikan mahasiswa.

?

 

 

Isu Panas...

Wartawan JAMIS UPM telah mengesan gerakan mahasiswa yang cuba membuka kaunter haram dengan alasan bagi membantu kebajikan mahasiswa UPM. Ini berikutan poster baru berwarna merah yang menimbulkan keraguan. Dalam poster ini, satu pertubuhan haram dalam UPM akan membuka kaunter pada setiap hari Khamis, bermula jam 11am-1pm, di Flat Sri Serdang. Kaunter kebajikan ini telah dibuka pada Khamis lalu (8 Febuari 2007, Flat Sri Serdang) yang mana ia ditaja oleh pertubuhan haram Solidariti Mahasiswa Putra (SMP).

 

Nota; Ahli-ahli dari Gerakan Mahasiswa Maju (GMM) adalah sama keanggotaannya dengan SMP.

 

 

SMP aka GMM didukung PMIUPM.

Dalam poster yang ditampal, terdapat 4 penama wakil SMP ini di mana 2 daripadanya adalah anggota Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM). Lebih memeranjatkan lagi, salah seorang ahli PMIUPM itu adalah ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPM (MPPUPM).

Banyak kesilapan yang tidak terlihat oleh puak-puak ini. Apakah mereka tidak sedar bahawa dengan mengundang ahli PMI dalam program kaunter kebajikan ini akan merugikan SMP itu sendiri?

 

     

PMI gagal bertugas di MPP, serah keringat bantu SMP aka GMM.

Sibuk dengan urusan pengajian harian di kampus, ditambah pula dengan aktiviti dalam Persatuan Mahasiswa Islam, mungkinkah ahli PMI (gambar Nur Salihati) yang menjawat jawatan ahli MPPUPM ini tidak ada masa untuk menabur bakti kepada mahasiswa? Adakah kerana telah termakan pujukan mahasiswa pembangkang dari SMP? Atau adakah benar SMP sekadar ingin menunggang dan mengambil kesempatan terhadap tajaan lokasi kaunter dari pihak PMI di Flat Sri Serdang, memandangkan Flat ini terdapat premis perniagaan yang dimiliki oleh jemaah PMI? Setelah bersusah payah bertanding dalam pilihanraya kampus 2006, kini dengan senang hati, ahli PMI yang memegang jawatan dalam MPPUPM ini telah menyertai SMP pula.

Habis madu, sepah dibuang.

 

 

Siapa Target Kaunter Kebajikan SMP?

Kita masih tidak boleh lupa dengan isu Kolej 12 pada Julai 2006, yang mana GMM membuka kaunter kebajikan secara haram di dalam kampus UPM. Kini, GMM melalui SMP, telah membuka kaunter di luar kampus UPM. Agak-agaknya, siapakah sasaran kebajikan SMP? Jika mereka mengatakan 'kami membela kebajikan mahasiswa', siapakah agaknya mahasiswa yang dimaksudkan? Ini adalah kerana, kaunter kebajikan yang dibuka adalah di luar kampus UPM, dan mungkinkah, 'mahasiswa' yang dimaksudkan dalam poster SMP ini adalah anak-anak kecil yang bermain di playground di kawasan berhampiran dengan kaunter mereka?

Melucukan.

 

 

SMP mula jemput Mahasiswa Bukan Cina sebagai tanda perpaduan kaum?

Bertambah hairan lagi apabila SMP menjemput 2 mahasiswa Islam menjadi ahli penaja Kaunter Kebajikan SMP ini. Adakah SMP terlalu terdesak kerana tiada penglibatan mahasiswa Melayu sehingga sanggup memperalatkan rakan baik sendiri (PMIUPM)?

 

 

SMP ala Mafia undang persoalan; inikah badan pembela kebajikan?

Jika diteliti dari poster itu, karikatur ala mafia ditonjolkan oleh SMP, seolah-olah mereka ini ada skill tertentu bagi menundukkan musuh secara kekerasan. Makanya, boleh disimpulkan bahawa SMP ini adalah gengster yang ditaja oleh GMM dan PMIUPM. Mahasiswa akan berasa terancam dengan gejala tidak sihat ini. Jika SMP bijak, poster baru perlulah direka dan digubah semula bagi memastikan organisasi SMP ini tidak dicemuh oleh mahasiswa dan peniaga di sekekeliling Flat Sri Serdang.

 

 

 

 

 

 

Ke mana PBT ingin dibawa oleh GMM?

Dalam kesibukan kita membongkar isu poster dan kaunter kebajikan SMP ini, wartawan JAMIS UPM dapat melihat beberapa poster Gerakan Mahasiswa Maju (GMM) ditulis dalam bahasa Cina, tidak boleh difahami oleh mahasiswa Melayu dan India (-inilah GMM, mereka enggan memupuk perpaduan kaum, enggan menghormati bahasa Kebangsaan).

Dalam poster GMM ini, ada tertulis beberapa tulisan bahasa Melayu iaitu; "...11/2/07, Kampung Papan..."

Mungkinkah, GMM ingin menjemput mahasiswa menyertai mereka dalam sesuatu program haram di Kampung Papan?

Bagaimana pula dengan Persatuan Bahasa Tionghua (PBT) yang dianjurkan oleh Simon Ooi dari GMM? Senyap sahaja? Adakah berjaya perpaduan kaum dicapai oleh GMM? Atau, mungkin PBT tidak berguna lagi, maka GMM menukar semula kepada pertubuhan laman iaitu SMP?

 

 

 

 

 

GMM yang anda perlu tahu...

Isu Pendaftaran

PBTUPM

(Sepanjang Januari 2007)

GMM menaja Jawatankuasa Pendaftaran PBTUPM dan mendesak agar pihak UPM menerima pendaftaran PBTUPM secara sah.

Sebenarnya...GMM ingin mencari lebih ramai pengaruh dalam oeprasi radikal mereka menentang kerajaan.

 

Hasilnya.....tiada apa. Perpaduan kaum yang dilaungkan tidak wujud, tiada mahasiswa kaum Melayu yang menyertai PBT. Malah semakin banyak poster bertulisan Cina dibuat oleh PBT (GMM).

 

Kaunter Kebajikan

SMP

 

(Pertengahan Febuari 2007 hingga....)

GMM melalui SMP dengan kerjasama PMI membuka kaunter kebajikan di Flat Sri Serdang, iaitu di luar lingkup kawasan UPM, dengan tujuan mendengar masalah mahasiswa.

Sebenarnya, GMM ingin menggunakan semula SMP setelah gagal memperalat PBTUPM. Selain itu, GMM dapat 'membunuh' rakan baik sendiri apabila diambil tindakan oleh HEP nanti.

 

Hasilnya....GMM akan mengutuk pihak pengurusan universiti kerana mengambil tindakan terhadap ahli PMI yang menyertai SMP. GMM tak peduli apa nak jadi dengan nasib rakan baiknya sendiri, asalkan misi berjaya dijalani.

 

 

Penutup.

Diharap agar pihak Hal Ehwal Pelajar UPM (HEPUPM) dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap mahasiswa ini, dan jangan sahaja sekadar menyaman mahasiswa yang tidak mempamerkan kad matrik. Kesalahan ahli GMM dan ahli PMI yang menganjurkan kaunter kebajikan di luar kampus ini perlu diambil tindakan yang sewajarnya.

 

Selepas tersiarnya isu ini di JAMIS UPM, adakah SMP dan PMI akan meneruskan kaunter kebajikan?

Kita tunggu dan lihat pada Khamis berikutnya....

 

 

 

Wartawan; Eric Ng CK

Ulasan; Editor JAMIS UPM.

9 Febuari 2007.

 

<<Kembali ke Halaman Utama JAMIS UPM.